English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Kelantan
Kerajaan Negeri Terengganu
Kerajaan Negeri Pahang

Berita Timur

November 10, 2017 18:20 PM

Dua Sekolah Di Rantau Panjang Dijadikan Perintis Pusat Pemindahan Banjir.

TUMPAT, 10 Nov (Bernama) -- Dua sekolah bakal menjadi perintis bagi pusat pemindahan khas  mangsa banjir yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk tempat memasak, bilik mandi dan tandas yang selesa sebagai persiapan menghadapi kemungkinan musibah banjir di negeri ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Seri Alias Ahmad berkata dua sekolah di Rantau  Panjang itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi dan SK Rantau Panjang 2.

"Antara ciri penambahbaikan yang dilakukan di pusat pemindahan itu (sekolah) adalah menaik taraf tandas, bilik mandi selain ruang penyediaan makanan khususnya untuk memasak," katanya kepada pemberita selepas melancarkan inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Kementerian Pendidikan-Program Kita Recycle peringkat Kelantan di SK Kebakat di sini hari ini.

Alias berkata pusat pemindahan berkenaan masing-masing mampu menampung antara 1,500 dan 3,000 mangsa banjir. 

Beliau berkata Kementerian Pendidikan sudah bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan termasuk banjir di negeri-negeri yang telah dikenal pasti berisiko terbabit dengan bencana alam itu.

Dalam program NBOS itu, kira-kira 80 pelajar dan lapan pensyarah dari Politeknik Nilai, Negeri Sembilan, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor dan Politeknik Kota Bharu bergotong royong memulihkan  kerosakan prasarana di SK Kebakat dan SK Pangkal Kala di Pasir Mas. 

Turut hadir Pemangku Ketua Bahagian UMNO Tumpat Datuk Mohd Rosdi Abd Aziz dan Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan Muhammad Zahari Othman.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel