English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Kelantan
Kerajaan Negeri Terengganu
Kerajaan Negeri Pahang

Berita Timur

October 07, 2017 16:46 PM

LKTN Wujudkan Bazar Perkenal Produk Kenaf

KOTA BHARU, 7 Okt (Bernama) -- Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) akan mewujudkan Bazar Kenaf bertujuan mempromosikan pelbagai produk hiliran yang dihasilkan menerusi tumbuhan itu.

Ketua Pengarahnya Samsudin Noor berkata selain memperkenalkan produk kenaf kepada masyarakat tempatan, bazar yang pertama seumpamanya di negara ini juga akan memberi peluang usahawan untuk menjalankan perniagaan makanan dan minuman.

"Bazar Kenaf yang pertama akan dibuka di Dataran Kenaf, Kubang Kerian di sini. Ia akan beroperasi sebagai pusat mempromosikan pelbagai produk berasaskan kenaf terutama dalam bentuk kraftangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kenaf dan Bazar Kenaf di Dataran Kenaf Kubang Kerian di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LKTN Idris Mohd Salleh dan Pengarah Pemasaran LKTN Tan Eng Nee.

Mengulas lanjut Samsudin berkata dua lagi Bazar Kenaf akan dibuka iaitu di Batu Bertangkup, Chuping, Perlis dan di Pekan, Pahang dalam masa terdekat, dengan tempoh operasi bermula pada pukul 4 petang hingga 11 malam setiap Selasa.

Dalam pada itu, katanya, LKTN akan mengadakan Hari Kenaf pada setiap Khamis bertujuan menyebarkan maklumat mengenai industri berkaitan tumbuhan itu kepada masyarakat setempat sebagai usaha memperhebat promosi kenaf.

Selain itu, katanya, satu galeri kenaf akan diwujudkan di perkarangan Ibu Pejabat LKTN di Kubang Kerian untuk dijadikan sebagai sumber rujukan kepada masyarakat.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel