English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sarawak
Ketua Menteri Sarawak

Berita Sarawak

January 03, 2018 22:05 PM

Remaja Dibaham Buaya Ketika Memancing Di Debak

KUCHING, 3 Jan (Bernama) -- Seorang remaja dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing dalam satu kejadian di Kampung Melayu Dit, Debak dekat Betong kira-kira 200 kilometer dari sini petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 6.11 petang sebelum sepasukan lima anggota dari Balai Bomba Betong digerakkan ke lokasi.

"Kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang, mangsa Abang Ikal Abang Suip,13, sedang memancing ditepi Sungai Dit di kampung tersebut sebelum dibaham buaya.

"Buaya berkenaan telah membawa mangsa ke dalam sungai tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata setakat 8 malam operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemukan mangsa.

"Memandangkan keadaan cuaca sudah gelap, operasi SAR akan diteruskan esok pagi," katanya.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel