English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sarawak
Ketua Menteri Sarawak

Berita Sarawak

January 03, 2018 18:50 PM

Buruh Ditahan Lakukan Gangguan Seksual Ke Atas Anak Saudara

SIBU, 3 Jan (Bernama) -- Seorang buruh ditahan selepas disyaki melakukan gangguan seksual secara fizikal ke atas anak saudaranya yang berusia tiga tahun di sebuah rumah di Jalan Tiong Hua di sini Isnin lalu.

Lelaki berusia 32 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terkutuk tersebut di dalam biliknya pada kira-kira 8 malam dan kejadian disedari ibu mangsa yang berusia 30 tahun apabila terdengar suara tangisan anak perempuannya itu.

Dia kemudian membawa anaknya ke Balai Polis Sentral Sibu untuk membuat laporan sebelum pergi ke Hospital Sibu untuk rawatan.

Sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sibu menyerbu rumah sewa keluarga itu pada 11 malam tadi dan menahan saspek.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zailanni Amit mengesahkan kejadian dan tangkapan itu.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel