English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sarawak
Ketua Menteri Sarawak

Berita Sarawak

January 03, 2018 10:14 AM

Dua Sekolah Rendah Masih Ditutup Akibat Banjir Di Sarawak

MIRI, 3 Jan (Bernama) -- Dua buah sekolah rendah di Sarawak masih tidak dapat meneruskan sesi persekolahan yang memasuki hari kedua hari ini berikutan banjir.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), dua sekolah berkenaan yang ditutup sejak semalam ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Uma Sambop di Belaga dan SK Rumah Essau di Subis melibatkan 213 murid dari kedua-dua buah sekolah tersebut.

"SK Uma Sambop mempunyai 158 murid, 15 guru dan sembilan kakitangan pentadbiran, ditutup berikutan kerja-kerja pembersihan kelas, asrama dan dewan makan yang masih dilakukan bersama dengan pihak sekolah dan ibu bapa," katanya dalam satu kenyataan.

Menutut JPBNS, SK Rumah Essau yang mempunyai 55 murid, 10 guru dan dua kakitangan pentadbiran, ditutup kerana paras air di jalan utama sekitar luar dan dalam sekolah tidak surut sejak 31 Dis 2017.

"Empat buah sekolah rendah SK Beliau Ahad,SK Sungai Kelabit,SK Telahak dan SK Kuala Kenyana turut terjejas akibat banjir tetapi tidak ditutup dan beroperasi seperti biasa," katanya.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel