English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sarawak
Ketua Menteri Sarawak

Berita Sarawak

November 10, 2017 16:38 PM

Salcra, Rakan Kongsi Sektor Swasta Meterai MoU

KUCHING, 10 Nov (Bernama) -- Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Salcra) menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) dengan rakan kongsi sektor swasta untuk menyediakan rangka kerja kerjasama, dan jika berhasil, adalah untuk pembangunan dan pengkomersialan dua projek.

MoU pertama, berkaitan pembekalan dan pengujian spesis buluh terpilih sebagai bahan mentah untuk pengeluaran produk mangan aloi, dimeterai dengan Pertama Ferroalloys Sdn Bhd, syarikat yang menjalankan pengeluaran mangan.

Memorandum kedua, mengenai projek pengurusan sisa kilang sawit bersepadu, ditangatangani dengan Bau Palm Oil Mill Sdn Bhd (BAPOM) dan Nextgreen (Sarawak) Sdn Bhd.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, menyaksikan penandatanganan MoU itu.

 Uggah, yang juga Pengerusi Salcra berkata mengikut MoU itu, pihaknya akan membekalkan buluh kepada Pertama untuk tujuan pengujian daya maju dan kesesuaiannya sebagai bahan mentah bagi proses pengeluaran mangan.

Beliau berkata, selain penggunaan buluh, Pertama akan membenarkan Salcra menggunakan kawasannya untuk penanaman spesis buluh terpilih atau perladangan buluh, 

Kerjasama dengan Pertama itu, jika berhasil, bukan hanya memberi manfaat kepada kedua-dua pihak malah untuk aktiviti perladangan di negeri ini.

"Usaha tersebut akan mewujudkan aktiviti ekonomi baharu atau diharap sebagai satu industri baharu di negeri ini akhirnya akan mengubah pemikiran kita terhadap buluh sekali gus menggalakkan lebih banyak penanaman serta penyelidikan mengenai kegunaan buluh untuk tujuan dan pengeluaran komersial," katanya.

Beliau berkata inisiatif itu akan membantu Sarawak merealisasikan transformasi sosio-ekonomi, khususnya di kawasan luar bandar.

Mengenai MoU dengan BAPOM dan Nextgreen, Uggah berkata projek itu adalah sebahagian usaha Salcra dan kumpulan syarikatnya, termasuk Bau Palm Oil Mill Sdn Bhd, meneroka untuk kemapanan operasi mereka.

Beliau berkata, Salcra dan BAPOM menyifatkan Nextgreen, anak syarikat BHS Industries Bhd, adalah rakan kongsi baik.

"BHS, syarikat senarai di Papan Utama Bursa Malaysia, mempunyai teknologi untuk mengubah sisa kilang sawit kepada produk berdaya maju secara komersial," katanya.

Beliau berkata, satu industri hijau lestari baharu boleh diwujudkan menerusi kerjasama antara Salcra, BAPOM dan Nextgreen Sarawak, iaitu daripada tandan buah kosong boleh menjadi pulpa dan kertas, manakala efluen kilang sawit boleh diubah kepada biogas sebagai sumber tenaga.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel