English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sarawak
Ketua Menteri Sarawak

Berita Sarawak

October 07, 2017 14:43 PM

Seorang Maut, Dua Cedera Kereta Langgar Steamroller

LUNDU, 7 Okt (Bernama) -- Seorang lelaki maut manakala dua wanita masing-masing cedera parah dan ringan selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Kampung Selenggok, Jalan Sempadi-Lundu di sini kira-kira 8.15 pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, ketika kejadian, lelaki terbabit Serald Ak. Michael, 22, yang memandu Mitsubishi Lancer dalam perjalanan dari Kuching ke Lundu melanggar sebuah steamroller dari arah bertentangan.

Katanya steamroller itu digunakan untuk melakukan kerja-kerja pembinaan jalan.

Lelaki itu yang tersepit di dalam keretanya meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang wanita warga Indonesia yang duduk di kerusi penumpang hadapan cedera parah dan seorang lagi cedera ringan, katanya.

Menurut jurucakap itu, anggota bomba terpaksa memotong bumbung kenderaan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Beliau berkata mayat lelaki terbabit diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sementara dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Lundu untuk menerima rawatan.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel