English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Johor
Kerajaan Negeri Melaka

Berita Selatan

December 19, 2012 14:18 PM

Lantikan Baharu Penguasa Kastam Wajib Ikuti Kursus Sebelum Berkhidmat

MELAKA, 19 Dis (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mewajibkan lantikan baharu penguasa kastam menghadiri kursus asas di Akademi Kastam Diraja Malaysia (Akmal) sebelum ditempatkan di stesen masing-masing.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad berkata langkah itu bagi melahirkan pegawai berkemahiran, berkebolehan, profesional dan berpengetahuan asas tentang ilmu perkastaman sebelum mereka menjalankan tugas.

"Sebelum ini kursus asas hanya diberikan kepada pegawai baharu yang dilantik selepas satu atau dua tahun mereka ditempatkan di lapangan masing-masing.

"Kita ubah pendekatan ini supaya mereka menjadi pelapis yang benar-benar memahami dan mengetahui selok belok tugas JKDM," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup tamat latihan kursus asas penguasa kastam Gred W41 2012 di sini, pada Rabu.

Beliau berkata pendekatan yang bermula pada 18 Sept lepas itu akan turut diperluaskan kepada lantikan baharu pegawai sokongan kastam bermula tahun depan.

-- BERNAMA

 

©2014 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel