English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Johor
Kerajaan Negeri Melaka

Berita Selatan

February 08, 2018 22:24 PM

Imigresen Gempur 'Kawasan Transit' PATI Di Melaka

PUTRAJAYA, 8 Feb (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia menahan 28 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua wanita dari pelbagai negara dalam operasi menggempur petempatan PATI di kawasan pembinaan di Mukim Padang Temu, Melaka Tengah, Melaka awal hari ini.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali yang mengetuai operasi itu berkata petempatan tersebut dikenal pasti sebagai pusat transit untuk PATI keluar/masuk secara haran ke negara ini melalui jalan laut yang tidak diwartakan.

"PATI ini cuba masuk menggunakan bot pancung yang berlepas dari Tanjung Rupat, Dumai Indonesia, dengan kadar bayaran RM600 hingga RM1,200 bagi setiap PATI," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam serbuan yang bermula 2 pagi itu, seramai 65 lelaki dan empat wanita diperiksa.

Operasi tamat sekitar 3.30 pagi dan kesemua yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo, Melaka untuk siasatan lanjut.

Siasatan dilakukan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran , Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Jabatan Imigresen mengingatkan warga asing, PATI dan majikan yang ingin pulang ke negara asal supaya menggunakan kemudahan Program 3+1 (serah diri pulang secara sukarela) dan tidak menggunakan jalan pulang yang menyalahi undang-undang," katanya.

--BERNAMA





 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel