English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Johor
Kerajaan Negeri Melaka

Berita Selatan

November 19, 2017 14:43 PM

Perlumbaan Perahu Naga Tarik 672 Peserta Dalam Dan Luar Negara


MELAKA, 19 Nov (Bernama) -- Perlumbaan perahu naga sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka ke-11 disertai 672 peserta melibatkan 48 pasukan dari dalam dan luar negara dalam perlumbaan yang berlangsung di muara Sungai Melaka di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Nazary Ahmad berkata pemenang yang bakal menjulang piala pusingan 'Asian Dragon Boat Award' selain hadiah wang tunai RM2,000 itu dijangka diketahui lewat petang ini.

Beliau berkata perlumbaan itu terbahagi kepada dua kategori iaitu terbuka bagi pasukan luar Melaka termasuk dari luar negara manakala tertutup bagi pasukan dari negeri itu, dan juara kategori itu akan berentap bagi merebut piala pusingan tersebut.

"Perlumbaan perahu naga ini antara 10 acara antarabangsa yang diatur bagi menarik kedatangan pelancong dalam dan luar negara sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka ke-11," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perlumbaan itu di sini, hari ini.

Katanya antara pasukan tempatan yang menyertai pelumbaan tersebut termasuk Polis Diraja Malaysia, Akademi Laut Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Multimedia dan Universiti Kuala Lumpur manakala peserta antarabangsa dari negara Singapura, Brunei dan Thailand.

Mengulas lanjut, beliau berkata setiap perahu akan berlumba sejauh 200 meter dan acara berkenaan menggunakan sistem liga, manakala pemenang tempat pertama hingga keenam bagi kedua-dua kategori masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM200 hingga RM2,000. 

Nazary berkata berkata operasi Perkhidmatan Melaka River Cruise di Sungai Melaka tidak dihentikan kerana ia tidak mengganggu perlumbaan berkenaan yang menggunakan sebahagian laluan di sungai tersebut dan pelancong yang menaiki cruise berkenaan juga dapat menyaksikan pertandingan berkenaan. 

Dalam pada itu, Nazary berkata pemain industri di Melaka khususnya pemilik hotel disaran menjadi sebahagian daripada penaja perlumbaan itu pada tahun depan kerana acara tahunan terbesar tersebut memberi banyak manfaat kepada mereka.

"Sekarang ini kami kekurangan penaja bagi menganjurkan perlumbaan ini dalam skala yang lebih besar tetapi kami yakin sekiranya mendapat lebih ramai penaja, acara ini dapat dianjurkan secara lebih gilang-gemilang," katanya.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel