English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Johor
Kerajaan Negeri Melaka

Berita Selatan

October 07, 2017 15:07 PM

300 Anggota Polis Kawal Ekspo Johor Berkemajuan

JOHOR BAHRU, 7 Okt (Bernama) -- Seramai 300 anggota polis ditugaskan mengawal keadaan sepanjang Ekspo Johor Berkemajuan di Kota Iskandar di sini yang bermula semalam hingga 14 Okt ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Noor Hashim Mohamad berkata kesemua keanggotaan adalah dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri dan cawangan trafik bagi membantu kelancaran aliran lalu lintas.

"Dua balai polis bergerak turut disediakan bagi membantu orang ramai yang memerlukan bantuan daripada polis," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Noor Hashim berkata keadaan di kawasan ekspo sehingga kini masih terkawal dan orang ramai dinasihati supaya mematuhi arahan pihak berkuasa terutamanya dalam memastikan mereka tidak meletakkan kenderaan di kawasan larangan.

Ekspo Johor Berkemajuan 2017 dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini manakala Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menutup ekspo itu pada 14 Okt.

Sebanyak 31 program ikonik diadakan sepanjang sembilan hari ekspo berlangsung seperti pameran, persembahan dan peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Tiga kluster utama turut diketengahkan pada ekspo itu iaitu kluster kerajaan negeri, Pelan Pertumbuhan Johor (PPSJ) dan sektoral.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel