English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Johor
Kerajaan Negeri Melaka

Berita Selatan

January 08, 2016 20:10 PM

Kekangan Kewangan Halang Kemajuan Projek Perintis NAAM

NILAI, 8 Jan (Bernama) -- Kekangan kewangan merupakan faktor yang menghalang kemajuan projek perintis bagi penanaman cili menerusi program Yayasan Gerakan Tindakan Afimatif Baharu (NAAM), kata pengasasnya Datuk M. Saravanan.

Beliau berkata walaupun projek itu mendapat sambutan menggalakkan daripada belia kaum India, tetapi pada masa sama ia menghadapi masalah kewangan.

"Kita tidak dapat membantu mereka menjalankan projek ini kerana tekanan kewangan. Daripada awal lagi, kita harapkan bantuan daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional, tetapi sehingga hari ini mereka tidak mendapatnya," katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, beliau merasmikan majlis menuai cili projek fertigasi NAAM di Kampung LB Johnson dekat sini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan Datuk Hasim Rusdi, Pengarah Belia dan Sukan Negeri Sembilan Azura Sarbin dan Pengerusi NAAM Negeri Sembilan Datuk V.S. Mogan.

Sehubungan itu, Saravanan yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berharap masyarakat India berpeluang menerima bantuan pertanian daripada peruntukan RM100 juta TEKUN bagi 2016.

Beliau berkata setakat ini, Yayasan NAAM telah melahirkan 109 usahawan projek perintis bagi penanaman cili sejak 2014 dengan bantuan kerajaan namun, peserta bagi 2015 tidak diberi bantuan sama.

Menurutnya ramai belia India mahu menceburi penanaman cili malah ada yang mempunyai kawasan tanah untuk diusahakan, tetapi mereka berdepan kekangan kewangan.



-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel