English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sabah
Ketua Menteri Sabah

Berita Sabah

October 28, 2013 18:18 PM

JAS Digesa Pantau Pencemaran Sungai Segaliud Di Sandakan

SANDAKAN, 28 Okt (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri Sekong Datuk Samsuddin Yahya menggesa Jabatan Alam Sekitar agar lebih kerap memeriksa kilang memproses minyak kelapa sawit yang beroperasi di sepanjang Sungai Segaliud.

Beliau berkata ini berikutan terdapat aduan penduduk Kampung Segaliud berhubung pencemaran di sungai itu sehingga menyebabkan ikan dan udang mati.

"Pemantauan lebih ketat perlu dilakukan dan tindakan penguatkuasaan perlu diambil sekiranya terdapat kilang yang dikesan menyalurkan bahan buangan ke sungai itu," katanya.

Samsuddin berkata penduduk kampung turut mendakwa masalah pencemaran di Sungai Segaliud berlaku sejak beberapa hari lepas.

Beliau berkata sungai itu merupakan tempat penduduk mencari rezeki kerana kebanyakan mereka adalah nelayan, selain punca air utama untuk disalur ke Loji Segaliud sebelum diagih kepada lebih 400,000 penduduk di daerah ini.

Katanya, terdapat enam kilang beroperasi di sepanjang sungai itu.

-- BERNAMA

 

©2014 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel