English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sabah
Ketua Menteri Sabah

Berita Sabah

February 09, 2018 15:48 PM

Sembilan Pasukan Bomba Komuniti Ditubuhkan Di Keningau

KENINGAU, 9 Feb (Bernama) -- Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Pauzi berkata sembilan Pasukan Bomba Komuniti (PBK) ditubuhkan di daerah ini bagi meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan kebakaran dalam masyarakat.

Beliau berkata penubuhan PBK itu adalah yang pertama di Sabah dan dilaksanakan di beberapa kampung di daerah berkenaan.

"Penduduk kampung yang menyertai pasukan itu akan didedahkan dengan kaedah asas penggunaan alat pemadam api," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Tahun Baharu Cina 2018 di sini, hari ini.

Penubuhan Bomba Komuniti merupakan antara usaha pihak bomba untuk menyampaikan konsep keselamatan kebakaran kepada masyarakat terutama di luar bandar.

Sementara itu, Nordin berkata tahap kesedaran dalam kalangan pemilik premis di Sabah mengenai keselamatan kebakaran semakin tinggi.

"Ini adalah satu perkembangan yang sangat positif. Buktinya sepanjang perayaan pada tahun lepas pihak bomba melakukan pemeriksaan ke atas 119 premis tumpuan di seluruh Sabah iaitu melibatkan 102 pusat membeli-belah, 15 hotel dan dua tempat perhimpunan dan kami mendapati kesemua premis berkenaan mematuhi aspek keselamatan," katanya.

Nordin berkata peningkatan kesedaran pemilik premis itu adalah hasil daripada kempen secara berterusan oleh jabatan itu.

Katanya punca utama berlaku kebakaran ketika musim perayaan adalah kecuaian.

"Oleh itu kita masyarakat diminta agar tidak melakukan kecuaian seperti kekerapan penggunaan elektrik sehingga berlebihan dan menyebabkan litar pintas serta kebakaran," tambahnya.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel