English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sabah
Ketua Menteri Sabah

Berita Sabah

February 09, 2018 00:32 AM

Peruntukan Besar Perlu Untuk Atasi Banjir Di Kota Marudu - Ongkili

KOTA MARUDU, 8 Feb (Bernama) -- Peruntukan yang besar diperlukan untuk mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di sini memandangkan Kota Marudu ialah antara kawasan yang mencatatkan taburan hujan yang tinggi di negeri ini, kata Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau menekankan tentang perlunya melaksanakan sistem tebatan banjir yang efektif selain pelan induk sedia ada bagi mengatasi masalah banjir.

"Justeru, pelaburan dalam perbelanjaan modal bagi mengurangkan impak banjir adalah jauh lebih murah dalam jangka panjang daripada tindakan pemulihan bagi membaiki infrastruktur," kata beliau selepas melawat kawasan-kawasan dilanda banjir di Kampung Kuranji dan Kampung Popok Laut di Tandek, di sini hari ini.

Tutrut hadir Pegawai Daerah Kota Marudu, Arnold Joibi, dan jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Kota Marudu, Frazer Duing.

Ongkili yang juga anggota Parlimen Kota Marudu berkata, di bawah Pelan Induk ke-11, sejumlah RM96 juta telah diperuntukkan untuk melebarkan beberapa batang sungai utama di daerah tersebut serta membina tembok penahan di sepanjang tebing sungai.

"Beberapa pelan tindakan telah dilaksanakan tetapi jumlah peruntukan belum mencukupi. Perkara ini telah dibangkitkan pada peringkat kerajaan Persekutuan dan Negeri," kata beliau.

Justeru, Ongkili berkata pelan tindakan ini perlu diteruskan dan beliau melahirkan keyakinan bahawa kerajaan Barisan Nasional dapat mencari penyelesaian terbaik terhadap masalah tersebut.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel