English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sabah
Ketua Menteri Sabah

Berita Sabah

January 04, 2018 00:08 AM

Jumlah Penduduk Terjejas Banjir Di Membakut Meningkat Kepada 246


KOTA KINABALU, 3 Jan (Bernama) -- Jumlah penduduk terjejas banjir di Membakut meningkat kepada 246 orang setakat 8 malam ini berbanding 120 orang petang tadi.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, penduduk terlibat ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara iaitu Dewan Membakut dan Dewan SM St Patrick.

Jumlah kampung terjejas banjir juga meningkat daripada 14 kepada 21, manakala jumlah jalan yang tidak boleh dilalui kenderaan juga meningkat daripada empat kepada lapan.

Bacaan paras air Sungai Membakut masih pada paras bahaya dan meningkat daripada 7.42 meter kepada 7.46 meter.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel