English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sabah
Ketua Menteri Sabah

Berita Sabah

January 03, 2018 22:19 PM

Lelaki Ditangkap Berhubung Jenayah Siber

KOTA KINABALU, 3 Jan (Bernama) -- Seorang lelaki yang dikehendaki polis berkaitan jenayah siber ditangkap dalam satu serbuan di Kota Kinabalu kira-kira 4 petang semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata suspek berumur 27 tahun dari Lawas, Sarawak itu merupakan orang yang dikehendaki berhubung 33 kes penipuan pembelian barangan secara atas talian di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

"Hasil serbuan, pihak polis telah merampas pelbagai jenis kad debit dan kredit bank dan buku akaun bank daripada beberapa institusi kewangan berlainan di Malaysia serta beberapa kad SIM daripada pelbagai syarikat telekomunikasi.

"Suspek dipercayai menggunakan modus operandi seperti menawarkan penjualan telefon bimbit yang tidak wujud dengan menggunakan aplikasi 'WeChat', (yang mana) mangsa akan memasukkan wang ke dalam akaun (bank) suspek yang akan terus menghilangkan diri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ramli, suspek kini direman selama enam hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan, boleh dihukum penjara satu hingga 10 tahun dan sebatan.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel