English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sabah
Ketua Menteri Sabah

Berita Sabah

January 03, 2018 22:14 PM

Empat Mangsa Kapal Karam Diserah Kepada Filipina

SANDAKAN, 3 Jan (Bernama) -- Empat nelayan warga Filipina yang hanyut di Pulau Billean dekat sini pada Jumaat lepas akibat dilanda ribut taufan Tembin telah diserahkan kepada pihak berkuasa Filipina, hari ini.

Mangsa yang terselamat iaitu tekong kapal nelayan, Arnei Fetalvero Viana, 40, bersama tiga kru, Chfmate Josefph Aque, 30, Roger Chaves Cheif, 49, dan Thomas Taboso, 42.

Komander Angkatan Tugas Bersama (ATB) 2 Brig Jen Zarondin Md Amin berkata pihaknya terpaksa menunda penyerahan mangsa sehingga pada hari ini disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Katanya penyerahan dikoordinasikan oleh Markas ATB 2 melalui Pegawai Laksana Kapal Auxilary Tun Azizan (KA TAZ) Left Komander Jeffrydin Jamaluddin kepada Ketua Polis Pulau Taganak Mejar Alpasir Haber dengan turut disaksikan oleh Mayor Pulau Taganak, Berong Oliveros di jeti Nelayan Pulau Taganak, Filipina.

Sebelum penyerahan, pegawai perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Left Dr Theeran Kaur daripada Rejimen Pertama Kor Armor Diraja telah melakukan pemeriksaan akhir di KA TAZ untuk memastikan keadaan mangsa dalam keadaan stabil, katanya dalam satu kenyataan.

Zarondin berkata kesemua mangsa telah diserahkan dalam keadaan baik dan sihat kepada pihak berkuasa Filipina untuk tindakan selanjutnya.

Mangsa sebelum ini yang diselamatkan oleh anggota ATM di Pulau Bilean dibawa menaiki kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia Kapal Diraja Sri Tiga ke KA TAZ sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa Filipina di Pulau Taganak pada jam 11.50 pagi.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel