English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sabah
Ketua Menteri Sabah

Berita Sabah

November 19, 2017 17:53 PM

Bajet Sabah 2018 Bukti Komitmen Kerajaan Negeri Bagi Kesejahteraan Wanita

KOTA KINABALU, 19 Nov (Bernama) -- Persatuan Usahawan dan Profesional Wanita Sabah memuji Bajet Sabah 2018 kerana ia menunjukkan komitmen kerajaan negeri untuk meningkatkan kesejahteraan wanita di negeri ini.

Presidennya Datuk Aminah Ambrose berkata bajet tahun depan itu akan disalurkan bagi memperkasakan wanita menerusi pelbagai program yang dilaksanakan kerajaan melalui  Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna (KPMHEP) dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA).

"Bajet berpaksikan rakyat ini meliputi semua segmen masyarakat termasuk wanita," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mengiktiraf peranan penting yang dimainkan golongan wanita dalam memacu pembangunan negara dan negeri.

"Bajet 2018 ini menawarkan yang terbaik untuk wanita, meningkatkan peranan kami dalam membangunkan institusi keluarga dan keusahawanan," katanya.

Beliau berkata melalui peningkatan peruntukan dalam Kredit Mikro dan Usahawan Desa, golongan itu akan diperkasakan untuk melahirkan usahawan wanita dan mendapat kedudukan yang lebih baik dalam perniagaan.

Aminah yang juga Ketua Wanita UMNO Kudat berkata program Pembangunan Keusahawanan bagi ibu tunggal dan wanita miskin akan dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang akan dapat membantu meningkatkan kehidupan mereka.

"Saya sukacita menyatakan bahawa kerajaan negeri mengakui, peranan wanita tidak boleh diketepikan kerana kita melahirkan generasi dan pemimpin masa depan yang akan memikul tanggungjawab dan menerajui negeri ini menjadi lebih berjaya," katanya.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel