English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sabah
Ketua Menteri Sabah

Berita Sabah

November 11, 2017 10:34 AM

Lapan Rumah Musnah Kebakaran Di Lahad Datu

LAHAD DATU, 11 Nov (Bernama) -- Kira-kira 40 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas lapan rumah  setinggan di Kampung Durian Batu 2 di sini musnah dalam kebakaran, tengah malam tadi.

Bagaimanapun kejadian 12.30 pagi itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 12.53 pagi dan 11 anggota bergerak ke lokasi kejadian bersama dua jentera bomba serta dua kenderaan utiliti.

"Api berjaya dipadamkan pada jam 2.30 pagi dan operasi tamat pada 7.37 pagi," katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel