English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sabah
Ketua Menteri Sabah

Berita Sabah

November 10, 2017 20:21 PM

Penduduk Kampung Temui Mayat Remaja Hilang Berdekatan Jeti Sekolah

LAHAD DATU, 10 Nov (Bernama) -- Mayat seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas dua bot berlanggar di perairan Tambisan, dekat sini, Rabu lepas, ditemukan hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam kenyataan berkata mayat Abu Sabri Jalani, 18, ditemukan penduduk kampung berhampiran sebuah jeti sekolah di Tambisan Darat pada jam 1.30 tengah hari.

"Mayat itu dijumpai 50 meter dari jeti sekolah dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," menurut kenyataan itu.

Jabatan itu berkata pihak bomba dengan kerjasama pelbagai agensi penyelamat termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta penduduk kampung menjalankan operasi mencari dan menyelamat dengan keluasan dua kilometer dari lokasi kejadian.

Rabu lepas, APMM mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat mangsa selepas dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas di perairan Tambisan ekoran bot dinaiki bersama dua rakannya berlanggar dengan sebuah bot lain.

Dalam kejadian itu, rakan mangsa, Mohamad Yazer, 11 dan Asraf Jalani, 16 selamat dan dibawa ke klinik berdekatan oleh juragan bot yang berlanggar iaitu Zamazi Zakaria, 31.

--BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel