English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sabah
Ketua Menteri Sabah

Berita Sabah

March 23, 2016 11:16 AM

Wawa Kini Mempunyai Rumah Baharu

SANDAKAN, 23 Mac (Bernama) -- 'Wawa' yang ditemui keseorangan di kawasan hutan simpan di Pinangah dalam daerah Telupid pada 11 Mac lalu kini mempunyai rumah baharu di Pusat Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo (BSBCC) di sini.

Anak beruang madu betina ini yang berumur dua bulan dibawa ke pusat itu Jumaat lalu dan kini dikuarantin dan dilapor bertambah baik kesihatannya.

Ketua Pegawai Eksekutif BSBCC, Wong Siew Te berkata anak beruang itu pada mulanya ditemui oleh pekerja hutan.

"Wawa masih lemah tapi dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekitar," katanya.

Beliau berkata tidak mungkin ibu Wawa meninggalkannya yang tidak diketahui apa yang berlaku kepada ibunya.

BSBCC akan membesarkan Wawa sebelum ia dikembalikan ke dalam hutan apabila besar, katanya.

Wawa merupakan beruang madu yang ke-48 yang ditempatkan di BSBCC.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel