Iklan Kekosongan Jawatan

BERNAMA, Agensi Berita Nasional Malaysia merupakan peneraju dalam perkhidmatan berita dan maklumat mempelawa calon – calon warganegara Malaysia yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :


1. Wartawan Gred S27

Klasifikasi : Perkhidmatan Sosial
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji :
P1T1 RM963.64 - P1T26 RM2421.69
P2T1 RM1019.30 - P2T26 RM2570.52
P3T1 RM1077.38 - P3T26 RM2724.19

Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia:

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dari tarikh iklan:

c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan mempunyai pengalaman dalam bidang kewartawanan selama tidak kurang dari 4 tahun: atau

(ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan mempunyai pengalaman dalam bidang kewartawanan selama tidak kurang dari 1 tahun: atau

(iii) Diploma dalam Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tingi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Dan
d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


2. Pembantu Wartawan Gred S17

Klasifikasi : Perkhidmatan Sosial
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji :
P1T1 RM656.30 - P1T24 RM1721.10
P2T1 RM697.44 - P2T24 RM1817.90
P3T1 RM739.79 - P3T24 RM1918.33

Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

d) Warganegara Malaysia:

e) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dari tarikh iklan:

f) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan:

Dan d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Bagi Jawatan 1 dan 2 elaun yang diberikan adalah seperti berikut:

Elaun :
i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam
ii) Imbuhan Tetap Perumahan
iii) Bantuan Sara Hidup (COLA)


Calon - calon yang berminat dikehendaki mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap mengenai kelayakan dan salinan sijil - sijil serta sekeping gambar berukuran pasport kepada:

Pengurus Kanan
Sumber Manusia & Pentadbiran
Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran
Tingkat 14, Wisma BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR


(Hanya calon-calon yang layak akan diberitahu)