JAWATAN KOSONG

BERNAMA, Agensi Berita Nasional Malaysia merupakan Peneraju dalam perkhidmatan berita dan maklumat mempelawa calon warganegara Malaysia yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

PENJAGA JENTERA ELEKTRIK

Syarat Lantikan :

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut;
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
      1. tamat tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia) dengan Kredit dalam Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan);
      2. mempunyai Sijil Penjaga Jentera Elektrik Minimum Gred AO atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
      3. mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang penyelenggaraan bangunan dan sistem
    3. berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia.

Calon yang berminat dikehendaki mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap mengenai kelayakan dan salinan sijil-sijil serta sekeping gambar berukuran passport ke alamat seperti di bawah pada atau SEBELUM JUMAAT, 19 MAC 2010 :

Pengurus Sumber Manusia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)

28 Jalan 1/65A, Off Jalan Tun Razak
50700 Kuala Lumpur.

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga)