English Version  I  Kembali ke BERNAMA.COM  I  facebook  I  twitter   
   Laman Utama   Mengenai BERNAMA  I  Piagam Pelanggan  I  Meja Bantuan  I  Perkhidmatan BERNAMA  I  Lokasi BERNAMA  I  Carta Organisasi















 
 
   
 

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, sebuah badan berkanun, ditubuhkan dibawah Akta Parlimen 1967 dan mula beroperasi pada Mei 1968.

Sebuah
Majlis Penyeliaan terdiri daripada lima anggota yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diwujudkan untuk mengawasi supaya BERNAMA berpandukan kepada peruntukan-peruntukan Akta dalam melaksanakan objektif-objektifnya.

BERNAMA dikelolakan oleh sebuah
Lembaga Pengelola yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Anggota-anggota Lembaga mengandungi seorang Pengerusi, enam wakil Kerajaan Persekutuan dan enam wakil akhbar yang melanggan dengan BERNAMA. Mereka mempunyai anggota gilir masing-masing yang juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda.

Pengurusan BERNAMA diketuai seorang Pengurus Besar yang dibantu oleh sebuah
Jawatankuasa Pengurusan dalam melaksanakan sebuah program dan aktiviti agensi serta keputusan-keputusan Lembaga Pengelola.

BERNAMA mempunyai pejabat-pejabatnya di semua negeri di negara ini dan perwakilannya di Singapura dan Jakarta dan retainer di Amerika Syarikat, Nepal dan Eropah

Seluruh operasi BERNAMA menggunakan komputer dan ia memberikan perkhidmatan berita am dan ekonomi dan perkhidmatan layar maklumat kewangan tepat masa kepada pelanggan-pelanggannya di Malaysia dan Singapura.

Peranan BERNAMA sebagai sumber berita yang terkini dan boleh dipercayai amat dikenali dikalangan media tempatan dan asing, agensi-agensi kerajaan, swasta, universiti dan individu di negara ini.

Kebanyakkan akhbar dan media elektronik di Malaysia dan agensi-agensi berita asing adalah pelanggan-pelanggan BERNAMA. BERNAMA beroperasi dalam industri maklumat yang bukan sahaja berdaya saing tetapi juga berpotensi besar untuk berkembang.

Sebelum ini berita-berita dan maklumat yang dikeluarkan oleh BERNAMA hanya dalam bentuk teks dan gambar tetapi dengan wujudnya unit audio-visual atau dikenali sebagai BERNAMA News Channel ( sebelum ini dikenali sebagai BERNAMA TV ) pada September 1998, ia kini boleh diperolehi juga dalam bentuk visual.

BERNAMA sentiasa menjalankan penyelidikan bertujuan untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan-perkhidmatannya yang antara lain termasuk Perkhidmatan Maklumat Kewangan Tepat-Masa, berita tepat-masa, perkhidmatan perpustakaan (pangkalan data). penghantaran siaran akhbar/maklumat secara global dan pengurusan acara, foto dan audio visual.

Internet telah membuka peluang baru bagi BERNAMA menyalurkan perkhidmatan berita dan maklumatnya secara terus kepada orang ramai. Ini dilakukan melalui laman webnya sendiri ataupun laman-laman web yang lain.

Bagi mencapai kejayaan jangka panjang yang berterusan, pelaburan yang berterusan dan kemajuan perniagaan adalah antara perkara yang amat penting kepada BERNAMA.


 
 

 

2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel