Null

BERNAMA, agensi berita nasional Malaysia dan peneraju dalam perkhidmatan berita dan maklumat mempelawa calon warganegara Malaysia yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

EKSEKUTIF JURUTEKNIK PENYIARAN (MASTER CONTROL ROOM)

KELAYAKAN:

  • Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang kejuruteraan multimedia dan Penyiaran / Kejuruteraan Elektronik atau Elektrikal/ Kejuruteraan Teknologi Maklumat dan Komputer atau bidang-bidang lain yang berkaitan;
  • Kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
  • Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
  • Berkemahiran mengendalikan dan menyelenggarakan peralatan komputer dan rangkaian pealatan stesen penyiaran.
  • Boleh bekerja secara syif.
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang kejuruteraan penyiaran adalah satu kelebihan.

Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sila sertakan salinan sijil kelayakan akademik), pengalaman bekerja, gaji yang diterima sekarang serta gaji yang dipohon, nombor yang boleh dihubungi, gambar berukuran pasport dan salinan sijil-sijil yang berkaitan pada atau sebelum Jumaat, 30 Jun 2019 ke alamat seperti di bawah :

Pengurus Sumber Manusia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Tingkat 13, Wisma BERNAMA
28, Jalan 1/65A
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)


 

© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel