Null

KUALA LUMPUR -- Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang (kanan) berbincang sesuatu bersama Pengerusi Persatuan Ahli Sains Dan Teknologi Minyak Malaysia (MOSTA) Tan Sri Dr Augustine SH Ong ketika menerima kunjungan hormat beliau di Wisma Bernama.

GEORGE TOWN -- Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow (kanan) berbual bersama Ketua Biro BERNAMA Pulau Pinang Nur Adila Abdul Wahab (kiri) semasa mengunjungi Biro BERNAMA Pulau Pinang bagi menyampaikan limau mandarin sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Beliau meluangkan masa selama setengah jam dan beramah mesra bersama para petugas biro berkenaan. Sebelum itu beliau mengunjungi beberapa pejabat akhbar juga untuk menyampaikan limau mandarin.

 

MELAKA -- Ketua Menteri Melaka Adly Zahari (dua, kanan) beramah mesra bersama Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Mokhtar Hussain (dua, kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nurini Kassim (kanan) semasa menerima kunjungan Bernama di Sri Negeri dekat Ayer Keroh. Turut hadir Ketua Biro Bernama Melaka Fadzli Ramli.

KUALA LUMPUR -- Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin (enam, kiri) menyampaikan cenderamata kepada Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nurini Kassim (empat, kiri) ketika melawat Bernama TV di Wisma Bernama. Turut hadir Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang (kanan) dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Mokhtar Hussain (tiga, kanan).

 

PUTRAJAYA -- Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang menjadi moderator bagi sesi yang bertajuk “Percukaian - Berapa Banyak Sudah Mencukupi” pada Forum Polisi Cukai Malaysia.

KUALA LUMPUR -- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nurini Kassim (tengah) menerima sarapan pagi daripada Naib Presiden/Ketua Komunikasi Strategik BSN Aizurra Mellissa Muzammil pada program BSN CSR Brand launch di lobi Wisma Bernama. Turut hadir Ketua Pengarang Bernama Datuk Mokhtar Hussain.

 

© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel