| |
BERNAMA menyediakan
berita-berita
terkini tepat masa
bagi suratkhabar,
stesen-stesen
penyiaran,
perkhidmatan wayar
global dan Internet.
Bernama juga
menyediakan
perkhidmatan
langganan sebutharga
saham tepat masa dan
pangkalan data
perniagaan yang
boleh diakses
melalui komputer
peribadi.
Menyediakan akses
terus kepada
perkhidmatan berita
dan maklumat yang
memperkasakan
syarikat dan
organisasi:
Berita-berita
terkini tepat masa,
pangkalan maklumat
tentang Malaysia dan
sebutharga pasaran
saham tepat masa
berserta jual beli
saham secara online.
BERNAMA
menyediakan pelbagai
produk berita dan
maklumat kewangan
kepada media,
perniagaan dan
kerajaan.
Ini termasuklah
berita-berita tepat
masa, gambar-gambar
berita, sebutharga
pasaran saham secara
langsung, data
pelaburan dan
pangkalan data
online mengenai
laporan-laporan
industri dan
statistik. Unit
Audio-Visual
menerbitkan
video-video berita,
dokumentari dan
video-video korporat.
Para pelanggan
mempunyai akses
kepada
perkhidmatan-perkhidmatan
BERNAMA melalui
internet, melalui
talian data khusus
dan VBI, iaitu satu
rangkaian televisyen
tanpa wayar.
Sebutharga pasaran
saham muncul secara
langsung pada skrin
anda. Begitu juga
dengan berita-berita
politik, perniagaan,
sukan dan
cerita-cerita
berbentuk
kemanusiaan yang
berlaku sepanjang
hari.
Lebih daripada
300 wartawan,
editor, jurugambar
dan jurukamera video
BERNAMA melapor dari
biro-biro BERNAMA di
13 negeri di
Malaysia,
dari ibupejabat di
Kuala Lumpur dan
juga pejabat-pejabat
luar di Singapura,
Jakarta, Bangkok,
London dan
Washington DC.
Kehadiran di serata
dunia membolehkan
BERNAMA membuat
liputan
berita-berita yang
mempunyai
kepentingan tempatan
dan juga global.
Rangkaian pejabat
jualan di seluruh
negara memudahkan
pelanggan
mendapatkan akses
terus kepada produk
dan perkhidmatan
yang ditawarkan, di
samping khidmat
jagaan peribadi.
Produk Berita dan
Maklumat BERNAMA
Termasuk:
BERNAMA.COM
Perkidmatan berita
percuma yang
menyediakan
berita-berita
terkini Malaysia di
www.bernama.com
Sebagai Pertubuhan
Berita Nasional
Malaysia, Bernama
adalah sumber yang
dipercayai bagi
berita-berita dalam
politik, perniagaan,
sukan dan isu-isu
sosial.
Laporan-laporan khas
memberikan liputan
mendalam
peristiwa-peristiwa
nasional dan
antarabangsa.
Liputan berita
tentang ASEAN,
teknologi, pasaran
saham, liburan,
isu-isu kemanusiaan,
diari peristiwa,
cuaca dan
siaran-siaran akhbar
juga boleh
diperolehi di laman
web utama Malaysia
ini. Pengiklanan
juga boleh dilakukan
di laman ini.
NEWSLINK
Saluran berita tepat
masa mengenai
Malaysia di
www.bernama.com/newslink
Newslink menyediakan
liputan tepat masa
bagi
peristiwa-peristiwa
yang berlaku di
Malaysia sepanjang
hari. Ia dibentuk
sebegitu rupa untuk
kegunaan media, ahli
strategi pemasaran
perniagaan dan
kerajaan yang perlu
memantau politik,
perniagaan, sukan,
jenayah dan trend
cara hidup di
Malaysia bagi
menyokong pembuatan
polisi.
BLIS
Pangkalan data
online mengenai
berita-berita
Malaysia, statistik
dan laporan-laporan
industri di
http://blis.bernama.com
Para wartawan,
perancang polisi
kerajaan, ahli
strategi perniagaan
dan sarjana
mempunyai akses
kepada berita-berita
Malaysia,
laporan-laporan
industri, statistik
ekonomi, dagangan
dan pengguna
termasuklah data
mengenai tokoh-tokoh
Malaysia dalam satu
pangkalan data
maklumat online.
Kandungannya disusun
daripada
perkhidmatan-perkidmatan
wayar Bernama,
perkhidmatan berita
antarabangsa dan
badan-badan kerajaan
dan kajiselidik.
BERNAMA NEWSWIRE
Keseluruhan laporan
berita kebangsaan
dan negeri yang
meliputi politik,
perniagaan dan sukan
yang dibentuk
sebegitu rupa untuk
para pelanggan. Satu
perkhidmatan berita
tepat masa daripada
BERNAMA yang
meliputi isu-isu
semasa, hubungan
antarabangsa,
rencana politik,
mahkamah, perniagaan,
kewangan dan berita
berkaitan
kemanusiaan dan
kenyataan akhbar
syarikat-syarikat.
Media Relations
and Event Management
(MREM)
Perkhidmatan
penyebaran siaran
akhbar secara online
MREM menyebarkan
kenyataan akhbar
kepada
pelanggan-pelanggan
melalui kaitan
langsung dengan
media cetak dan
penyiaran. Rakan
kongsi MREM iaitu
ASIANET,
mengendalikan
penyebaran siaran
akhbar antarabangsa
dalam sebarang
bahasa.
Siaran-siaran boleh
dilihat pada
terminal editor dan
pangkalan data
maklumat online.
MREM juga
menyediakan
perkhidmatan
perhubungan media,
penulisan rencana
dan pengurusan acara.
Siaran-siaran akhbar
boleh diakses
melalui satu laman
percuma di
http://mrem.bernama.com
GAMBAR-GAMBAR
BERNAMA
Jurugambar Bernama berada di tempat kejadian bagi merakamkan peristiwa harian, aksi politik, sukan, perniagaan, sama ada semasa bencana atau kejayaan. Kemudahan internet masa kini membolehkan gambar-gambar resolusi tinggi dihantar kepada pelanggan melalui cara Protokol Pemindahan Fail (FTP), muat-turun dari laman web foto atau melalui e-mel. Laman web khas untuk fotoBERNAMA ialah http://fotoweb.bernama.com . Perkhidmatan Foto Bernama kini mula memperkenalkan produk dan mengusahakan perkhidmatan baru berasaskan foto seperti bahan pameran, bahan penerbitan, foto konvokesyen, kerja digital, cetakan dan grafik, serta liputan majlis korporat.
BERNAMA TV
Menyiarkan liputan
berita berkualiti
berita-berita
terkini Malaysia
Bernama TV
menawarkan liputan
berita dinamik
berita-berita
penting,
peristiwa-peristiwa
kebangsaan dan
temuramah ekslusif.
Ia juga meliputi
pelancaran produk
dan menerbitkan
dokumentari,
persembahan video
korporat dan
pengiklanan. Siaran
filem yang
berkualiti boleh
digunakan bagi
saluran-saluran
tempatan dan
antarabangsa,
saluran satelit dan
platform multimedia
seperti internet.
Produk di bawah
Anak Syarikat
BERNAMA (BESSAR)
HYPERLINK
Perkhidmatan
maklumat pasaran
saham pelbagai
pasaran dengan
sebutharga tepat
masa, carta,
analitik dan berita.
Hyperlink menjejaki
lebih 3,000 saham,
opsyen dan pasaran
hadapan yang dijual
beli di bursa saham
Malaysia, Singapura
dan Indonesia iaitu
BSKL, KLOFFE, COMMEX
(MME dan KLCE), SES,
JSX, SSX dan MESDAQ.
HyperLink
menyediakan
sebutharga tepat
masa, anggaran
indeks komposit,
pengurusan
portfolio,
pencartaan, asas,
alat untuk analisis,
berita kewangan
tepat masa, dan
banyak lagi.
INTERQUOTES
Sebutharga-sebutharga
tepat masa BSKL,
carta dan
perkidmatan berita
di
www.interquotes.com
Interquotes direka
untuk
pelabur-pelabur yang
mahu memantau
pasaran tunai di
mana jua mereka
berada dan bila-bila
masa. Interquotes
menyediakan
sebutharga tepat
masa, carta-carta
harian, petunjuk
teknikal, asas,
harga giliran,
analitik ringan dan
sari berita utama.
MULTIQUOTES
Perkhidmatan
sebutharga saham,
opsyen dan pasaran
hadapan bagi
pelabur-pelabur yang
mahukan akses global
kepada
pasaran-pasaran
Malaysia, Singapura
dan Indonesia di
www.multiquotes.com
Multiquotes
menawarkan
sebutharga-sebutharga
tepat masa, carta
dan berita tentang
saham, opsyen dan
pasaran hadapan yang
didagangkan di bursa
saham Malaysia,
Singapura dan
Indonesia.
Rencana-rencana
termasuklah dagangan
yang telah dilakukan,
penjejakan, petunjuk,
indeks-indeks utama
dan sari berita
utama.
DRAGONSHARE
Dagangan Saham BSKL
melalui Internet
Dragonshare
merupakan pesanan
yang membolehkan
pelabur membuat
pesanan jual dan
beli untuk
saham-saham ekuiti
secara online secara
terus dengan broker
atau remiser.
Pelabur dan broker
termasuk remiser
boleh mendaftar di
www.dragonshare.com
dan menikmati
perkhidmatan
tambahan yang
menyediakan
sebutharga tepat
masa, berita, alat
untuk pencartaan dan
analisis serta
komentari.
Untuk melanggan
perkhidmatan-perkhidmatan
Bernama, sila
hubungi perkhidmatan
pelanggan di:
Malaysian
National News Agency
Wisma BERNAMA
No. 28, Jalan 1/65A
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel: 603-2691 9955,
03-2693 9933
Fax: 603-2691 9932,
2698 9968
E-mail:
helpdesk@bernama.com
|