-
Memastikan keberkesanan sistem
kawalan dalaman dan pengawasan operasi serta
memberikan pandangan dan saranan mengenai kawalan
dalaman terhadap semua jabatan.
-
Mengkaji tahap pematuhan kepada
segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan
yang dikuatkuasakan BERNAMA, Jabatan Audit Negara
dan Jabatan Perakaunan Negara.
-
Menilai faedah dan keberkesanan
penggunaan sumber yang ada, mengenalpasti peluang
untuk meningkatkan penggunaan sumber serta
mencadangkan cara untuk mengatasi masalah yang
berkaitan.
-
Mengkaji cara melindungi aset dan
mengesahkan kewujudan aset serta memastikan aset
BERNAMA dilindungi dari segi kehilangan, penipuan
dan penyelewengan oleh mana-mana pihak.
-
Melaporkan kepada Jawatankuasa
Audit mengenai hasil pengauditan dan mengambil
tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan.
-
Mengemukakan jadual kerja audit
tahunan kepada Jawatankuasa Audit untuk pertimbangan
dan kelulusan.
-
Menyelaras tugas Unit Audit Dalam
dengan Audit Luar.
-
Memastikan perjalanan organisasi
dan perlaksanaan program untuk memastikan samada
hasilnya selaras dengan objektif yang telah
ditentukan serta telah dilaksanakan seperti mana
yang dirancangkan.
-
Mengemukakan laporan setiap suku
tahun kepada Jawatankuasa Audit.
-
Menentukan sarna ada operasi
kewangan diuruskan dengan teratur dan mempastikan
bahawa dasar-dasar, undang-undang dan
peraturan-peraturan yang diwajibkan adalah dipatuhi.
-
Mengulangkaji dan menilai secara
teratur dan sistematik operasi-operasi, semua unit
dalam BERNAMA dari segi kesempumaan, kemampuan,
kepekaan, kecekapan dan ekonomi.
-
Mengesyorkan langkah-langkah bagi
memperbaiki operasi semua unit dalam BERNAMA
berkenaan