| |

Pengurusan
Audit Pengurusan adalah berkenaan dengan hal-hal
pengurusan dan pengunaan sumber BERNAMA, harta benda,
kakitangan dan sumber-sumber lain. Auditan ini merupakan
pemeriksaan yang objektif dan analitikal terhadap
kecekapan dan kekesanan dalam menguruskan sumber-sumber
yang ada
Kewangan
Audit Kewangan menekankan pematuhan terhadap
peraturan-peraturan yang berkaitan dengan perakaunan dan
kawalan dalaman. Ini adalah bertujuan untuk menentukan
bahawa perbelanjaan diurus dengan betul, pembayaran
dibuat dengan teratur dan dibenarkan, hasil dipungut
dengan cekap dan rekod dikemaskini sentiasa supaya pihak
pengurusan dan juruaudit luar dapat memperoleh maklumat
yang tepat dan cepat
Prestasi
Audit Prestasi merupakan aktiviti pengauditan yang
dijalankan bagi meningkatkan akauntabiliti, perolehan
sumber yang lebih ekonomi dan cekap, memperbaiki tahap
keberkesanan bagi mencapai objektif sesuatu program,
meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memperbaiki perancangan serta kawalan pengurusan
Teknologi Maklumat
Audit Teknologi Maklumat adalah merupakan semakan ke
atas kawalan di dalam infrastruktur teknologi maklumat.
Ia adalah proses pengumpulan dan penilaian maklumat
sistem organisasi maklumat, amalan dan operasi bagi
mengenalpasti samada sistem teknologi maklumat
melindungi keselamatan aset, memastikan kesahihan data
dan operasi dijalankan dengan sempuma dan berkesan bagi
mencapai matlamat serta objektif organisasi
Khas
Audit Khas merupakan aktiviti pengauditan merangkumi
skop kewangan dan pengurusan yang bertujuan untuk
mengendalikan sesuatu kes tertentu dan menyelesaikan
masalah-masalah. Iajuga berkaitan dengan siasatan yang dilakukan
berdasarkan aduan atau arahan daripada Pengurus Besar
atau Jawatankuasa Audit Lembaga Pengelola BERNAMA yang
diterima dari semasa ke semasa
|
|