| |

Kepercayaan dan Keyakinan
Juruaudit Dalarn BERNAMA hendaklah meyakinkan semua
pihak bahawa mereka boleh dipercayai dalam melaksanakan
kewajipan pengauditan. Bagi maksud tersebut, Juruaudit
Dalarn BERNAMA mestilah mempunyai tahap integriti yang
tinggi dan nilai-nilai kejujuran, keikhlasan dan
keluhuran dalam semua urusan supaya penilaian dan
pandangan audit diterima dan diyakini pada semua
peringkat pengurusan.
Profesionalisma
Juruaudit Dalarn BERNAMA adalah bertanggungjawab untuk
mematuhi semua tingkahlaku profesional, adil dan
mengekalkan piawaian pengauditan yang tinggi dalarn
merancang, melaksanakan tugas dan melaporkan segala
penemuan audit.
Kewibawaan
Juruaudit Dalam BERNAMA perlu ada inisiatif untuk
sentiasa meningkatkan pengetahuan, kreativiti dan
kemahiran bagi memastikan peningkatan berterusan dalam
kualiti kerja.
Disiplin Diri
Tahap disiplin diri yang tinggi perlu ada pada Juruaudit
Dalam BERNAMA bagi mencerminkan keperibadian sebagai
seorang yang profesional. Penerapan nilai-nilai murni
pada diri dengan mengarnalkan budaya bersyukur,
bertanggungjawab, bersabar dan bersederhana serta
menghindarkan diri daripada perilaku yang boleh
menjejaskan imej dan nama baik profesion audit.
Kerahsiaan
Juraudit Dalam BERNAMA tidak boleh mendedahkan semua
maklumat yang diperolehi hasil daripada pengauditan yang
dijalankan kepada mana-mana pihak yang tidak berkaitan
sarna ada secara lisan atau bertulis kecuali atas arahan
dari Pengurus Besar BERNAMA.
Urus Tadbir Yang Baik (Good
Governance)
Untuk berperanan dengan lebih efektif, Juruaudit Dalam
BERNAMA perlu mengamalkan urus tadbir yang baik dalam
menjalankan tugas dan peka terhadap fungsi kawalan
dalarnan serta pengurusan risiko
|
|