Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat datang ke LAMAN WEB UNIT AUDIT BERNAMA

Laman web ini diwujudkan bertujuan untuk menyampaikan maklumat ringkas kepada pengguna-pengguna tentang objektif dan peranan Unit Audit BERNAMA.

Selaras dengan arahan Pekeliling Perbendaharaan Bil,2/1979, unit ini telah ditubuhkan dan berperanan membantu merealisasikan objektif BERNAMA dengan membantu pihak pengurusan memperbaiki sistem kawalan dalaman dan mengukuhkan integriti dalam semua aktiviti yang dijalankan melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin terhadap pematuhan kepada semua akta dan peraturan yang berkaitan.


Visi

Mempertingkatkan kualiti kerja dan pematuhan terhadap undang-undang agar bergerak seiring dengan perkembangan teknolgi dan berdaya saing.


Misi

Meningkatkan akauntabiliti dan memastikan penggunaan sumber-sumber secara ekonomik, efisien dan efektif tanpa menggugat kualiti perkhidmatan yang disalurkan melalui perlaksanaan audit secara profesional dan bebas.

Kuasa

  • Hasil pengauditan dilapor terus ke Jawatankuasa Audit Lembaga Pengelola manakala dari segi urusan pentadbiran dilapor terus ke Pejabat Pengurus Besar.

  • Menjalankan pemeriksaan secara bebas.

  • Mempunyai akses kepada segala rekod dan dokumen yang berkaitan dengan tugas.

  • Mendapatkan nasihat professional,jika dirasakan perlu.

  • Boleh memanggil mesyuarat bersama Ketua Unit/Jabatan dan Juruaudit Luar, jika dirasakan perlu.

 
 


© 2017 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution