| |
 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang ke
LAMAN WEB UNIT AUDIT BERNAMA
Laman web ini diwujudkan bertujuan untuk menyampaikan
maklumat ringkas kepada pengguna-pengguna tentang
objektif dan peranan Unit Audit BERNAMA.
Selaras dengan arahan Pekeliling Perbendaharaan
Bil,2/1979, unit ini telah ditubuhkan dan berperanan
membantu merealisasikan objektif BERNAMA dengan membantu
pihak pengurusan memperbaiki sistem kawalan dalaman dan
mengukuhkan integriti dalam semua aktiviti yang
dijalankan melalui pendekatan yang sistematik dan
berdisiplin terhadap pematuhan kepada semua akta dan
peraturan yang berkaitan.
Visi
Mempertingkatkan kualiti kerja dan pematuhan terhadap
undang-undang agar bergerak seiring dengan perkembangan
teknolgi dan berdaya saing.
Misi
Meningkatkan akauntabiliti dan memastikan penggunaan
sumber-sumber secara ekonomik, efisien dan efektif tanpa
menggugat kualiti perkhidmatan yang disalurkan melalui
perlaksanaan audit secara profesional dan bebas.
Kuasa
-
Hasil pengauditan dilapor terus ke Jawatankuasa Audit
Lembaga Pengelola manakala
dari segi urusan pentadbiran dilapor terus ke Pejabat
Pengurus Besar.
-
Menjalankan pemeriksaan secara bebas.
-
Mempunyai akses kepada segala rekod dan dokumen yang
berkaitan dengan tugas.
-
Mendapatkan nasihat
professional,jika dirasakan perlu.
-
Boleh memanggil mesyuarat bersama Ketua Unit/Jabatan dan
Juruaudit Luar, jika dirasakan perlu.
|
|