| |
: :
Majlis Penyeliaan
: :
Lembaga Pengelola
: :
Jawatankuasa
Pengurusan
Pertubuhan Berita
Nasional Malaysia
atau ringkasnya
BERNAMA, sebuah
badan berkanun,
ditubuhkan dibawah
Akta Parlimen 1967
dan mula beroperasi
pada Mei 1968.
Sebuah
Majlis
Penyeliaan
terdiri daripada
lima anggota yang
dilantik oleh Seri
Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong
diwujudkan untuk
mengawasi supaya
BERNAMA berpandukan
kepada
peruntukan-peruntukan
Akta dalam
melaksanakan
objektif-objektifnya.
BERNAMA dikelolakan
oleh sebuah
Lembaga Pengelola
yang dilantik oleh
Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan
Agong.
Anggota-anggota
Lembaga mengandungi
seorang Pengerusi,
enam wakil Kerajaan
Persekutuan dan enam
wakil akhbar yang
melanggan dengan
BERNAMA. Mereka
mempunyai anggota
gilir masing-masing
yang juga dilantik
oleh Seri Paduka
Baginda.
Pengurusan BERNAMA
diketuai seorang
Pengurus Besar yang
dibantu oleh sebuah
Jawatankuasa
Pengurusan dalam
melaksanakan sebuah
program dan aktiviti
agensi serta
keputusan-keputusan
Lembaga Pengelola.
BERNAMA mempunyai
pejabat-pejabatnya
di semua negeri di
negara ini dan
perwakilannya di
Singapura dan
Jakarta dan retainer
di Washington,
London. Manila, New
Delhi, Dhaka,
Melbourne dan
Vancouver.
Seluruh operasi
BERNAMA menggunakan
komputer dan ia
memberikan
perkhidmatan berita
am dan ekonomi dan
perkhidmatan layar
maklumat kewangan
tepat masa kepada
pelanggan-pelanggannya
di Malaysia dan
Singapura.
Peranan BERNAMA
sebagai sumber
berita yang terkini
dan boleh dipercayai
amat dikenali
dikalangan media
tempatan dan asing,
agensi-agensi
kerajaan, swasta,
universiti dan
individu di negara
ini.
Kebanyakkan akhbar
dan media elektronik
di Malaysia dan
agensi-agensi berita
asing adalah
pelanggan-pelanggan
BERNAMA. BERNAMA
beroperasi dalam
industri maklumat
yang bukan sahaja
berdaya saing tetapi
juga berpotensi
besar untuk
berkembang.
Sebelum ini
berita-berita dan
maklumat yang
dikeluarkan oleh
BERNAMA hanya dalam
bentuk teks dan
gambar tetapi dengan
wujudnya unit
audio-visual atau
dikenali sebagai
BERNAMA TV pada
September 1998, ia
kini boleh
diperolehi juga
dalam bentuk visual.
BERNAMA sentiasa
menjalankan
penyelidikan
bertujuan untuk
meningkatkan kualiti
produk dan
perkhidmatan-perkhidmatannya
yang antara lain
termasuk
Perkhidmatan
Maklumat Kewangan
Tepat-Masa, berita
tepat-masa,
perkhidmatan
perpustakaan (pangkalan
data). penghantaran
siaran akhbar/maklumat
secara global dan
pengurusan acara,
foto dan audio
visual.
Internet telah
membuka peluang baru
bagi BERNAMA
menyalurkan
perkhidmatan berita
dan maklumatnya
secara terus kepada
orang ramai. Ini
dilakukan melalui
laman webnya sendiri
ataupun laman-laman
web yang lain.
Bagi mencapai
kejayaan jangka
panjang yang
berterusan,
pelaburan yang
berterusan dan
kemajuan perniagaan
adalah antara
perkara yang amat
penting kepada
BERNAMA.
|